![]() |
|
![]() |
||||||||
PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PERTANDINGAN / URUSETIA UNTUK TUGASAN DI
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PREMIER PERINGKAT KEBANGSAAN 2006 DI MELAKA Dengan hormatnya dimaklumkan
bahawa perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pelajaran Melaka menerusi
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Melaka telah diamanahkan untuk
tugasan mengelolakan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Peringkat
Kebangsaan 2006 di Melaka. 3. Sukacita dimaklumkan tuan/puan telah dilantik sebagai Pegawai
/ Urusetia / Pengadil untuk tugasan di kejohanan tersebut berdasarkan maklumat
seperti berikut : Tarikh : 25 - 30 Julai 2006
Masa :
8.00 pagi - 6.00 petang Tempat : Venue pertandingan yang
ditetapkan 4. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan berkenaan seperti berikut : Tarikh : 24 Julai 2006 Masa : 3.00 petang Tempat : Stadium tun Fatimah, Bukit
Serindit, Melaka 5. Untuk makluman tuan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Melaka
tidak akan menyediakan kemudahan pengangkutan sepanjang pelaksaan tugasan ini.
Oleh itu, tuan/puan adalah dibenarkan membuat tuntutan perbelanjaan yang
berkaitan tertakluk kepada kelayakan dan
pekeliling kewangan semasa.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |